Percutian Surabaya Ijen Blue Fire 5 Hari 4 Malam
1 Juni 2023 268x Malaysian language
Pakej Percutian Surabaya Bromo Ijen Blue Fire Terkini 2025.
Percutian Surabaya Ijen Blue fire 5 hari 4 malam ialah sebuah pakej percutian selama lima hari empat malam ke yang disediakan bagi memudahkan pelancong menikmati liburan di Surabaya Bromo dan Gunung Ijen.
Menyediakan kesempatan yang hebat untuk melihat, merasai, dan bersenang-senang dengan aktiviti yang berlainan serta tarikan pelancong yang unik semua dalam hanya lima hari empat malam.
Terdapat pelbagai cara untuk menikmati tarikan dan gayapan Surabaya Bromo dan Ijen Blue Fire sambil meneksplorasi isi kandungan pakej percutian Surabaya lima hari emapat malam.
1. Percutian Surabaya Ijen Blue Fire 5 Hari 4 Malam
Pakej percutian Surabaya adalah percutian melawat tiga kombinasi bandar di Jawa Timur iaitu Surabaya, Bromo dan Malang.
ketiga – tiga bandar ini bandar ini berdekatan satu sama lain, membolehkan anda menerokai kesemuanya dalam satu lawatan.
Mungkin Surabaya, Bromo dan Malang sudah biasa bagi anda yang sudah beberapa kali bercuti ke sana. Tetapi kini destinasi pelancongan baru telah muncul berhampiran ke bandar Surabaya iaitu Gunung Ijen.
Gunung Ijen terletak di bandar Banyuwangi, sebuah kota dengan empat jam pemngembaraan daripada bandar Surabaya.
Anda akan menyaksikan fenomena deretan api biru atau blue fire di kawah gunung ijen, fenomena ini hanya ada dua tempat di dunia.
Dalam pakej percutian Surabaya Ijen Blue Fire lima hari empat malam, anda akan melawat semua destinasi ini, gabungan destinasi kegemaran yang boleh anda lakukan dalam satu lawatan.
2. Syarikat Pelancongan untuk Surabaya
PT. Bintang Liburan Utama tour and travel ialah sebuah syarikat berlesen rasmi di Surabaya.
Sebuah syarikat yang berpengalaman bertahun – tahun melayan pelancong dari Malaysia yang sedang bercuti ke Surabaya, Bromo dan gunung Ijen.
Kami adalah pilihan yang tepat untuk anda, karena memberikan komposisi perkhidmatan terbaik yang merangkumi pemandu mesra, makanan lazat, kereta sewa dan hotel penginapan terbaik mengikut keperluan dan bajet anda.
3. Jadual dan Harga Percutian Surabaya Ijen Blue Fire 5 Hari 4 Malam
Dibawah ini dilampirkan butiran jadual dan harga pakej percutian Surabaya Bromo dan Ijen blue fire selama lima hari empat malam.
Harga adalah dalam ringgit Malaysia, harga per seorang atau harga per pax bermula dari harga minimum dua orang sampai harga kumpulan empat puluh orang.
Semoga jadual harga ini dapat menjadi rujukan kepada anda pelancong dari Malaysia yang merancang percutian ke Surabaya Bromo dan Gunung Ijen.
Min 2-3 Pax : Myr 2,368/pax
Min 4-5 Pax : Myr 1,964/pax
6-14 Pax : Myr 1,721/pax
15-19 Pax : Myr 1,567/pax
20-29 Pax : Myr 1,476/pax
30-40 Pax : Myr 1,418/pax
*Tambahan harga Myr 60/pax untuk weekend surcahrge hotel dan Bromo volcanos
*Harga tidak sah semasa musim puncak peakseason
Hari pertama: Airport Surabaya dan Bromo
Selamat datang ke lapangan terbang antarbangsa Juanda, terletak di bandar Sidoarjo sebuah bandar berjarak tiga puluh minit daripada bandar Surabaya.
jadi apabila anda tiba di lapangan Juanda, anda masih memerlukan masa pengembaraan selama tiga puluh minit untuk sampai ke bandar Surabaya karena lapangan terbang Juanda sebenarnya tidak terletak di tengah bandar Surabaya.
Hari pertama percutian anda ke Surabaya Bromo dan Gunung ijen bermula dengan lawatan ke Kota tua dan monumen Suroboyo.
Selepas makan tengah hari di restoran tempatan, teruskan perjalanan selama dua hingga tiga jam ke kawasan Bromo.
Setibanya di Bromo, makan malam di restoran tempatan dan dafatar masuk hotel. Selamat berehat dan jumpa lagi esok pagi.
Hari Kedua: Bromo Sunrise dan Bondowoso
Dijadualkan pada pukul 02.00 subuh menaiki jip meninggalkan hotel menuju ke gunung Bromo untuk melihat matahari terbit di kawah gunung Bromo.
Dianggarkan pada pukul 07.00 pagi, pulang ke hotel menggunakan jip dan meneruskan makan pagi di restoran hotel.
Selepas mandi dan membersihkan diri di dalam bilik, tiba masanya untuk check out dari hotel Bromo dan meneruskan perjalanan lebih kurang lima jam ke bandar Bondowoso.
Bondowoso adalah sebuah bandar kecil sering dijadikan kawasan transit sebelum mendaki gunung ijen pada waktu subuh keesokan harinya.
Hari Ketiga: Ijen Blue Fire dan Air Terjun Tumpaksewu
Pada pukul 00.00 subuh kami akan memandu anda ke gunung ijen selama lebih kurang dua jam.
Dianggarkan pada pukul 02.00 subuh tiba di pintu masuk utama gunung Ijen, kemudian bersiap untuk mendaki gunung Ijen hingga ke bukit tempat melihat api biru gunung dan matahari terbit di kawah gunung Ijen.
Pada pukul 05.00 subuh turun semula kemudian akan di bawa pulang ke hotel untuk sarapan dan meluangkan masa untuk berehat sebelum masa daftar keluar hotel.
Sebelah petang pengembaraan ditersukan ke kawasan Tumpak sewu dengan memandu lebih kurang empat jam.
Setibanya di kasawasan air terjun Tumpak sewu, tiba masanya daftar masuk homestay kerana tiada hotel berbintang di kawasan ini.
Hari Empat: Malang Tour dan Surabaya
Hanya sarapan ringkas disediakan pada hari ke empat memandangkan penginapan hanya di homestay.
Disebabkan jalan menuju ke air terjun Tumpak sewu sangat sempit dan curam, pengangkutan yang digunakan adalah motosikal dan masih perlu menersukan berjalan kaki lebih kurang satu jam menyusuri laluan yang melampau.
Hanya golongan muda atau mereka yang masih kuta fizikal boleh mengunjungi air terjun Tumpaksewu memandangkan keadaan laluan yang curam.
Sebelah tengah hari melawat Santerra delaponte dan ladang epal di bandar Malang sebelum pulang ke Surabaya pada sebelah petang.
Hari Kelima: Percutian Surabaya Ijen Blue Fire 5 Hari 4 Malam Selesai.
Selepas makan pagi di hotel, tiba masanya pemandu membawa anda pulang ke lapangan terbang antarbangsa Juanda untuk meneruskan penerbangan ke Malaysia.
Harga Sudah Termasuk :
03 malam hotel penginapan tiga bintang di kawasan Bromo, Surabaya dan Bondowoso.
01 malam homestay di kawasan Air terjun Tampak sewu
Pemandu yang mesra dan berpengalaman
Makan halal di restoran tempatan
Kereta sewa pengangkuta yang sejuk setiap hari
Air mineral setiap hari
Tiket lawatan tarikan pelancongan
Jip Bromo
Admission Ijen Blue Fire
Topeng gas di gunung Ijen
Harga Tidak Termasuk:
Tipping pemandu Myr 10/orang/hari
Tiket Penerbangan
Travel insurans
Optinal tour
Terma dan Syarat:
Sahkan Deposite 50% transfer ke May bank account Malaysia kami
Minimum 02 orang pelancong
4. Menempah Percutian Surabaya Ijen Blue Fire 5 Hari 4 Malam
Sertai kami melalui nombor telefon yang tertera di laman web ini. Untuk memudahkan, anda boleh mengklik pada logo whatsapp di bahagian bawah sebelah kanan.
Perkhidmatan pelanggan kami akan melayani anda dengan mesra dan memastikan semua keperluan perancangan percutian anda akan di penuhi dengan sempurna.
5. Petua Percutian Surabaya Ijen Blue Fire 5 Hari 4 Malam
Setiap pelancong memerlukan perancangan yang sempurna lengkap dengan semua peralatan yang di perlukan semasa percutian.
Ketahui musim dan masa terbaik untuk melawat destinasi pelancongan pilihan anda dengan mengumpulkan maklumat tepat tentang keadaan di tempat yang akan anda tuju.
Dengan cara itu anda akan memahami rancangan dan peralatan yang perlu anda bawa.
Sama seperti bercuti ke Surabaya Bromo dan Gunung Ijen, destinasi pelancongan ini di klasifikasikan sebagai destinasi ektrim.
Bagaimana tidak, anda akan menghabiskan banyak masa di dalam kereta atau bas persiaran menempuh pengembaraan dari satu kawasan ke satu kawasan yang sangat jauh.
Oleh itu, bawa jaket tebal, kasut hiking, sarung tangan, topi dan ubat – ubatan yang di perlukan.
Perkara yang paling penting ialah menyediakan stamina dan mengekalkan kesihatan badan dengan mengambil makanan yang mencukupi setiap hari.
6. Hotel Dalam Percutian Surabaya Ijen Blue Fire 5 Hari 4 Malam
Sepanjang percutian Bromo Ijen Blue Fire 5 hari 4 malam, anda menginap selama empat malam di hotel yang berbeza.
Oleh karena jarak dari satu kawasan ke kawasan yang lain sangat jauh, anda akan bergerak dari hotel ke hotel setiap hari.
Penginapan hotel termasuk tiga malam di hotel tiga bintang dan satu malam lagi di homestay di kawasan air terjun Tumpaksewu, kerana tidak ada hotel berbintang di kawasan itu.
Pada malam pertama anda akan menginap di Bromo park hotel, hari kedua di Dreamland hotel Bondowoso, hari ketiga di Tumpaksewu homestay dan akhir sekali di fave hotel Surabaya.
7. Konklusi Percutian Surabaya Ijen Blue Fire 5 Hari 4 Malam
Bercuti ke Surabaya bermakna bercuti melawat beberapa destinasi pelancongan sekaligus. Seperti Bromo, Malang dan Gunung Ijen di Banyuwangi.
Pakej percuitan yang sangat menyeronokkan kerana anda akan menikmati keindahan alam tiada duanya di dunia ini.
Bermula dari mendaki gunung, melihat fenomena alam blue fire, menerokai air terjun yang curam hinggalah menikmati buah epal terus dari pokok.
Anda akan dapat semua ini dengan menempah pakej percutian ke surabaya bersama kami, PT. Bintang Liburan Utama tour and travel Surabaya.
Sebelum percutian bermula, ada baiknya anda mempersiapkan diri, dari segi mental dan peralatan yang mencukupi.
Berjiwa pengembara dengan berani pergi bercuti ke destinasi ekstrem yang memerlukan perjalanan jauh, justeru anda telah mencipta percutian pengembara yang menakjubkan.
Contact Us
If you have any questions, please contact us.
Hotline
+623613616132Whatsapp
081370991725Messenger
https://web.facebook.com/addi.nainggolan/Email
tour@bintangliburanutama.com
No comments yet