google-site-verification=bWKA-z-gIs7Ca39aDFMJuwRXz8Pj6uHGsV8GX_CSd4o
Home » Malaysian language » Percutian Surabaya Tumpaksewu Ijen 5 Hari 4 Malam

Pakej Percutian Surabaya Tumpaksewu Ijen Terkini 2026.

Percutian Surabaya Tumpaksewu Ijen 5 hari 4 malam ialah sebuah pakej percutian selama lima hari empat malam ke yang disediakan bagi memudahkan pelancong menikmati liburan di Surabaya Bromo dan Gunung Ijen.

Menyediakan kesempatan yang hebat untuk melihat, merasai, dan bersenang-senang dengan aktiviti yang berlainan serta tarikan pelancong yang unik semua dalam hanya lima hari empat malam.

Terdapat pelbagai cara untuk menikmati tarikan dan gayapan Surabaya Bromo dan Ijen Blue Fire sambil meneksplorasi isi kandungan pakej percutian Surabaya lima hari emapat malam.

 

1. Percutian Surabaya Tumpaksewu Ijen 5 Hari 4 Malam

Pakej percutian Surabaya adalah percutian melawat tiga kombinasi bandar di Jawa Timur iaitu Surabaya, Bromo dan Malang.

ketiga – tiga bandar ini bandar ini berdekatan satu sama lain, membolehkan anda menerokai kesemuanya dalam satu lawatan.

Mungkin Surabaya, Bromo dan Malang sudah biasa bagi anda yang sudah beberapa kali bercuti ke sana. Tetapi kini destinasi pelancongan baru telah muncul berhampiran ke bandar Surabaya iaitu Gunung Ijen.

Gunung Ijen terletak di bandar Banyuwangi, sebuah kota dengan empat jam pemngembaraan daripada bandar Surabaya.

Anda akan menyaksikan fenomena deretan api biru atau blue fire di kawah gunung ijen, fenomena ini hanya ada dua tempat di dunia.

Dalam pakej percutian Surabaya Ijen Blue Fire lima hari empat malam, anda akan melawat semua destinasi ini, gabungan destinasi kegemaran yang boleh anda lakukan dalam satu lawatan.

 

2. Syarikat Pelancongan untuk Surabaya

PT. Bintang Liburan Utama tour and travel ialah sebuah syarikat berlesen rasmi di Surabaya.

Sebuah syarikat yang berpengalaman bertahun – tahun melayan pelancong dari Malaysia yang sedang bercuti ke Surabaya, Bromo dan gunung Ijen.

Kami adalah pilihan yang tepat untuk anda, karena memberikan komposisi perkhidmatan terbaik yang merangkumi pemandu mesra, makanan lazat, kereta sewa dan hotel penginapan terbaik mengikut keperluan dan bajet anda.

 

percutian surabaya ijen blue fire 5 har

3. Jadual dan Harga Percutian Surabaya Tumpaksewu Ijen 5 Hari 4 Malam

Dibawah ini dilampirkan butiran jadual dan harga pakej percutian Surabaya Bromo dan Ijen blue fire selama lima hari empat malam.

Harga adalah dalam ringgit Malaysia, harga per seorang atau harga per orang bermula dari harga minimum dua orang sampai harga kumpulan puluh orang.

Semoga jadual harga ini dapat menjadi rujukan kepada anda pelancong dari Malaysia yang merancang percutian ke Surabaya Tumpaksewu dan Gunung Ijen.

Harga Percutian Surabaya Tumpaksewu Ijen 5 Hari 4 Malam:

Minimum 2 orang : Myr 1,810/orang

Minimum 3-4 orang : Myr 1,695/orang

5-10 orang : Myr 1,536/orang

11 orang and up : Myr 1,287/orang

 

*Tambahan harga Myr 30/orang untuk weekend surcharge hotel checkin hari Sabtu

*Harga tidak sah semasa musim puncak peakseason

 

Hari pertama: Airport dan Tumpak sewu

Selamat datang ke lapangan terbang antarbangsa Juanda, terletak di bandar Sidoarjo sebuah bandar berjarak tiga puluh minit daripada bandar Surabaya.

Selepas makan tengah hari di restoran tempatan, teruskan perjalanan selama tiga hingga empat jam ke Tumpak sewu.

Setibanya di Tumpak sewu, makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk homestay. Perlu anda ketahui bahawa tiada hotel di kawasan Tumpak sewu hanya terdapat homestay atau cottage.

 

Hari Kedua: Tumpak sewu dan Bondowoso

Hanya sarapan ringkas disediakan pada hari ini memandangkan penginapan hanya di homestay bukan hotel berbintang.

Melawat air terjun Tumpak sewu dan air terjun Goa Tetes dengan menuruni anak tangga yang curam untuk sampai ke dasar air terjun.

Begitu juga kembali ke puncak dengan manaiki tangga yang curam. Bermakna hanya golongan anak muda atau mereka yang masih kuat fizikal sahaja yang boleh melawat ke dasar air terjun Tumpak sewu.

Walau bagaiman pun, bagi anda yang tidak kuat fizikal anda boleh melihat keindahan air terjun Tumpak sewu dari bukit menara tanpa bersusah payah turun dan naik tangga yang curam.

Seterusnya makan tengah hari di restoran tempatan sebelum memandu ke Bondowoso selama empat jam.

Bondowoso ialah bandar kecil sering dijadikan kawasan transit sebelum mendaki gunung ijen pada waktu subuh pada keesokan harinya.

Setibanya di Bondowoso, makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel untuk berehat.

 

Hari Ketiga: Ijen Blue Fire dan Bromo

Pada pukul 00.00 subuh kami akan memandu anda dari hotel di Bondowoso ke gunung ijen selama lebih kurang dua jam perjalanan.

Dianggarkan pada pukul 02.00 subuh tiba di pintu masuk utama gunung Ijen, kemudian bersiap untuk mendaki gunung Ijen hingga ke puncak bukit tempat melihat Blue fire dan matahari terbit.

Pada pukul 05.00 subuh turun semula untuk menikmati sarapan ringkas di Warong tempatan sebelum memandu ke Bromo selama empat jam perjalanan.

Setibanya di kawasan Bromo, daftar masuk hotel, makan tengah hari dan makan malam anda di hidangkan di restoran tempatan.

 

Hari Empat: Bromo Tour dan Surabaya

Dijadualkan pada pukul 02.00 subuh menaiki jip meninggalkan hotel menuju ke gunung Bromo untuk melihat matahari terbit di kawah gunung Bromo.

Dianggarkan pada pukul 07.00 pagi, pulang ke hotel menggunakan jip dan meneruskan makan pagi di restoran hotel.

Selepas mandi dan membersihkan diri di dalam bilik, tiba masanya untuk check out dari hotel Bromo dan meneruskan perjalanan lebih kurang dua jam ke bandar Surabaya.

Setibanya di Surabaya melawat Surabaya heritage dan Tunjunga plaza. Kemudian daftar masuk hotel, makan tengah hari dan makan malam di hidangkan di restoran tempatan.

 

Hari Kelima: Percutian Surabaya Ijen Blue Fire 5 Hari 4 Malam Selesai.

Selepas makan pagi di hotel, tiba masanya pemandu membawa anda pulang ke lapangan terbang antarbangsa Juanda untuk meneruskan penerbangan ke Malaysia.

 

percutian surabaya bromo

Harga Sudah Termasuk :

03 malam hotel penginapan tiga bintang di kawasan Bromo, Surabaya dan Bondowoso.

01 malam homestay di kawasan Air terjun Tampak sewu

Pemandu yang mesra dan berpengalaman minimum 3 orang

Diver berbahasa Melayu minimum booking 2 orang

Makan di restoran tempatan

Kereta sewa pengangkutan yang sejuk setiap hari

Air mineral setiap hari

Tiket lawatan tarikan pelancongan

Jip Bromo

Admission gunung Ijen

Topeng gas di gunung Ijen

pemprosesan sijil kesihatan untuk mendaki gunung Ijen

 

Harga Tidak Termasuk:

Tipping pemandu Myr 10/orang/hari

Tiket Penerbangan

Travel insurans

Optinal tour

 

Terma dan Syarat:

Sahkan Deposite 50% transfer ke May bank account Malaysia kami

Minimum 02 orang pelancong

Penghidap asma dan sakit jantung tidak dibenarkan mendaki gunung ijen dan air terjun Tumpak sewu

 

percutian surabaya ijen blue fire

 

4. Menempah Pakej Percutian Surabaya Tumpak sewu Ijen 5 Hari 4 Malam  

Sertai kami melalui nombor telefon yang tertera di laman web ini. Untuk memudahkan, anda boleh mengklik pada logo whatsapp di bahagian bawah sebelah kanan.

Perkhidmatan pelanggan kami akan melayani anda dengan mesra dan memastikan semua keperluan perancangan percutian anda akan di penuhi dengan sempurna.

 

5. Petua Percutian Surabaya Tumpakewu Ijen 5 Hari 4 Malam

Setiap pelancong memerlukan perancangan yang sempurna lengkap dengan semua peralatan yang di perlukan semasa percutian.

Ketahui musim dan masa terbaik untuk melawat destinasi pelancongan pilihan anda dengan mengumpulkan maklumat tepat tentang keadaan di tempat yang akan anda tuju.

Dengan cara itu anda akan memahami rancangan dan peralatan yang perlu anda bawa.

Sama seperti bercuti ke Surabaya Bromo dan Gunung Ijen, destinasi pelancongan ini di klasifikasikan sebagai destinasi ektrim.

Bagaimana tidak, anda akan menghabiskan banyak masa di dalam kereta atau bas persiaran menempuh pengembaraan dari satu kawasan ke satu kawasan yang sangat jauh.

Oleh itu, bawa jaket tebal, kasut hiking, sarung tangan, topi dan ubat – ubatan yang di perlukan.

Perkara yang paling penting ialah menyediakan stamina dan mengekalkan kesihatan badan dengan mengambil makanan yang mencukupi setiap hari.

6. Hotel Dalam Percutian Surabaya Tumpaksewu Ijen 5 Hari 4 Malam 

Sepanjang percutian Bromo Ijen Blue Fire 5 hari 4 malam, anda menginap selama empat malam di hotel yang berbeza.

Oleh karena jarak dari satu kawasan ke kawasan yang lain sangat jauh, anda akan bergerak dari hotel ke hotel setiap hari.

Penginapan hotel termasuk tiga malam di hotel tiga bintang dan satu malam lagi di homestay di kawasan air terjun Tumpaksewu, kerana tidak ada hotel berbintang di kawasan itu.

Pada malam pertama anda akan menginap di Bromo park hotel, hari kedua di Dreamland hotel Bondowoso, hari ketiga di Tumpaksewu homestay atau Artha cottage dan akhir sekali di fave hotel Surabaya.

 

7. Konklusi Percutian Surabaya Tumpaksewu Ijen 5 Hari 4 Malam

Bercuti ke Surabaya bermakna bercuti melawat beberapa destinasi pelancongan sekaligus. Seperti Bromo, Malang dan Gunung Ijen di Banyuwangi.

Pakej percuitan yang sangat menyeronokkan kerana anda akan menikmati keindahan alam tiada duanya di dunia ini.

Bermula dari mendaki gunung, melihat fenomena alam blue fire, menerokai air terjun yang curam hinggalah menikmati buah epal terus dari pokok.

Anda akan dapat semua ini dengan menempah pakej percutian ke surabaya bersama kami, PT. Bintang Liburan Utama tour and travel Surabaya.

Sebelum percutian bermula, ada baiknya anda mempersiapkan diri, dari segi mental dan peralatan yang mencukupi.

Berjiwa pengembara dengan berani pergi bercuti ke destinasi ekstrem yang memerlukan perjalanan jauh, justeru anda telah mencipta percutian pengembara yang menakjubkan.

# Share this information with your friends

No comments yet

Please write your comments

Your email will not be published. Fields marked with an asterisk (*) are required.

Your Comment*Your Name* Email Address* Your Website

Contact Us

If you have any questions, please contact us.